Assalamualaikum, hari ini saya nak berkongsi kelebihan zikir Subhanallah Wabihamdihi Subhanallahhil Azhim.
Rasulullah s.a.w bersabda:
Siapa membaca : ‘Subhanallah,wabihamdihi’ (Maha Suci Allah dan segala
puji bagiNya) dalam sehari seratus kali, akan digugurkan dosanya
walaupun sebanyak buih lautan.’ (Riwayat Syaikhan dari Abu Hurairah)
Imam Bukhari menamatkan kitab hadithnya dengan hadith berikut, Rasulullah s.a.w bersabda:
“Dua kalimat yang ringan di lidah, pahalanya berat di timbangan (hari
Kiamat) dan disenangi oleh Tuhan Yang Maha Pengasih, adalah:
Subhaanallaah wabihamdihi, subhaanallaahil ‘azhiim.” (HR. Al-Bukhari
7/168, Muslim 4/2072.)
Dalam zikir yang lain pula:
……..Subhanallahi wa bihamdihi ‘adada khalqihi,wa ridhaka nafsihi, wa
ziinata ‘Arsyihi, wa midada kalimatihi’(Maha Suci Allah dan segala puji
bagiNya sebanyak bilangan makhlukNya, dan sebesar redha diriNya, dan
seberat ‘ArasyNya,dan sebanyak hitungan kalimatNya).’ (Hadis riwayat
Muslim)
Semua makhluk Allah berzikir dan bertasbih (subhanallah) mengingatinya.
Al-Israa [44] Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada
padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah dan tiada sesuatupun
melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan
tasbih mereka. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penyabar, lagi Maha
Pengampun.
Semut dan katak juga berzikir kepada Allah.
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Dari Rasulullah s.a.w:
Sesungguhnya pernah seekor semut menggigit salah seorang Nabi lalu Nabi
tersebut menyuruh supaya membakar sarang semut tersebut, tetapi Allah
menurunkan wahyu kepadanya: Apakah hanya gara-gara seekor semut
menggigitmu lantas kamu akan binasakan satu umat yang selalu membaca
tasbih?
Rasulullah (sallallahu alayhi wasallam) said : “Its croaking is Tasbeeh.
Narrated by An-Nas’ai. (suara katak itu tasbih, memuji Allah)
Berzikir sambil berjalan pun boleh, sambil baring atas tilam yang empuk
pun boleh berzikir. Ramai orang duduk atas tilam empuk masuk syurga VIP
(syurga yang hebat) kerana zikir. Yang penting luangkan masa untuk
berzikir, walaupun sedikit asalkan berterusan. Walaupun sekadar
Qulhuwallah 10 kali setiap pagi lepas Subuh dan 30 zikir lepas
sembahyang (Subhanallah 10 kali, Alhamdulillah 10 kali dan Allahuakbar
10 kali). Yang penting jadikan amalan rutin.
“…….akan digugurkan dosanya walaupun sebanyak buih lautan”
Hanya dosa dengan Allah sahaja diampun. Dosa dengan manusia seperti
mengumpat, mencuri hendaklah diselesaikan (settle) dengan meminta maaf
dari manusia.
No comments:
Post a Comment