Get the Digital Clock with Islamic Ornament widget and many other great free widgets at Widgetbox! Not seeing a widget? (More info)

Tuesday, 8 October 2013


Assalamu'alaikum warahmatuLLAHi wabarakatuh..

Alhamdulillah segala puji bagi ALLAH SWT Tuhan semesta alam. Selawat dan salam untuk Rasul junjungan mulia Muhammad s.a.w.

Aliff kufi Gallery adalah satu ruang bagi mengekspresikan keindahan seni Islam daripada aspek penulisan iaitu kaligrafi. Penzahiran keindahan seni khat Islam yang tersusun daripada huruf-huruf jawi atau pun arab dengan seni reka dan bentuk yang tersusun dan menarik serta kreatif dan kadang kala unik, amat memukau mata dan hati serta perasaan bagi mereka yang amat meminati seni khat ini.

Disamping ia dapat menghiasi ruang kediaman dan pejabat, ia secara tidak langsung dapat menyampaikan kalimah Allah yang suci kepada seluruh umat islam

Kufi ialah sebentuk skrip bergaris dan bersudut, lazimnya dengan garis tegak dan melintang memanjang. Pada asalnya skrip ini tidak ada petunjuk konsonan yang membezakan, misalnya, ba ta dan tha. Ia masih digunakan di negara-negara Islam, mahupun dengan pengedaran masa skrip ini telah menjalani beberapa pengubahsuaian dan mempamirkan perbezaan kedaerahan; perbezaan skrip Kufi Semenanjung Arab dan negara-negara Afrika Utara amat ketara.

Kufi gaya ini ialah Kufi berbentuk segi empat tepat yang amat sederhana, digunakan bagi kerja-kerja penjubinan. Di Iran, kadangkala seluruh bangunan dihiaskan dengan jubin yang mengeja nama suci dan murni seperti nama Allah, Nabi Muhammad (s.a.w) dan Saidina Ali (r.a), satu teknik yang dikenali sebagi banna'i.[1]

Anda hanya perlu hubungi kami dan nyatakan hasrat keinginan anda, insyaALLAH kami akan cuba hasilkan dan terjemahkan hasrat keinginan anda ke dalam bentuk yang nyata. InsyaALLAH.

No comments:

Post a Comment